a) Kebangkitan dari aspek pembangunan
- Contohnya Jepun
- Kebangkitan selepas tsunami 2011
b) Kemajuan dalam aspek ekonomi
- Contohnya Korea
-1950. KOREA SELATAN adalah salah satu negara termiskin di dunia. Sama miskinnya dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Pada tahun 1960-an, bahkan Korea Utara masih lebih baik keadaannya dari Korea Selatan. Ekonominya hanya bersandar pada pertanian, belum lagi sempat hancur gara-gara pendudukan Jepun dan Perang Korea.
Dalam 4 dekad, Korea Selatan berubah cepat dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trilyunan dollar.
Tahun 1963, GDP perkapitanya cuma $ 100. Tahun 1995 sudah $ 10,000.
Tahun 2007, $ 25.000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara terkaya nombor 2 di dunia, mengalahkan semua bangsa lain kecuali Amerika dengan pendapatan perkapita $ 81.000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan kelajuan pertumbuhan ekonomi terpantas sepanjang sejarah.
(Buat bangsa yang ingin cepat maju, sila belajar).Goldman Sachs, Korea 2050.
Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai dunia. Dari telefon canggih, televisyen plasma, LCD, sampai semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah syarikat pembuat panel plasma yang terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.
Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun tahun 2004. Hyundai, juga menjadi syarikat automotif ke 5 terbesar di dunia.
Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati rangkaian internet 100 Mbit / saat, siaran televisyen interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.
c). Perpaduan tercapai dalam negara yang berbilang kaum
-Malaysia
-Kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama diiktiraf pemimpin dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.




